TAJUK: PARUT YANG TERTINGGAL
Pada
pagi yang hening dengan dihembus oleh embun pagi yang nyaman, diriku berdiri
sendiri ditepi sebuah jendela mengenangkan pengalaman hidup diriku yang penuh
dengan suka dan duka. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza begitu
juga dengan diriku, pada tanggal 12 Mei
2007 merupakan tarikh yang tidak mungkin dapatku lupakan seumur hidupku. Pada
malam yang sunyi dan sepi bertemankan bunyi cengkerik dan kedengaran titisan
air hujan yang membasahi bumi, diriku berada disebuah bilik sambil menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guruku. Sedang diriku khusyuk menyiapkan tugasan,
tiba-tiba aku berasa seperti ada yang tercucuk-cucuk didalam perut ku ini. Pada
pemikiran ku, aku berfikir bahawa aku megalami sakit perut seperti biasa,
selepas beberapa kali aku kerap ke tandas aku mendapati perut bertambah sakit
tidak seperti biasa. Aku cuba untuk meletakkan minyak angin di perutku kerana
aku berfikir mungkin perut ku masuk angin.
Setelah
15 minit kemudian, perut ku bertambah sakit sehinggakan aku yang berada didalam
bilik bergolek-golek sehingga ke ruang tamu di rumahku kerana menahan kesakitan
pada malam itu. Setelah bergolek-golek, ayahku perasan keadan aku semakin
teruk, pada malam yang sepi itu tepat jam 12.30 malam dikala suasana yang sunyi
dimana semua orang sedang lena dibuai mimpi yang indah. Tetapi perut mengalami
kesakitan yang tidak dapat ku ungkapkan. Ayahku membawa aku ke sebuah klinik
swasta yang berdekatan dengan rumahku, apabila sampai diklinik aku menerima
rawatan daripada seorang doktor wanita, beliau mengatakan aku terkena batu
karang dan kemudian doktor tersebut memberi aku ubat untuk menahan sakit.
Pada
keesokan harinya, aku berasa perutku masih lagi sakit kemudian ayahku membawa
aku ke sebuah lagi klinik swasta yang lain untuk mendapatkan rawatan, apabila
aku sampai ke klinik tersebut aku berjumpa dengan doktor berbangsa Cina,
kemudian doktor tersebut mengesahkan aku sakit appendiks dan perlu dibedah
secepat mungkin sekiranya lambat appendiks tersebut akan meletup dan ianya akan
menyebabkan kematian. Tanpa berfikir panjang ayah aku membawa aku ke hospital,
aku dimasukkan diwad 6c di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Setelah 3 jam aku
berada di hospital kemudian aku diberitahu oleh doktor aku akan dijalankan
pembedahan, ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku bertapa
takutnya diriku setelah sampai diriku didalam bilik pembedahan aku berasa
seperti separuh sedar. Setelah sedar aku daripada pengsan akibat pembedahan
tersebut aku tidak dapat bergerak kerana luka itu masih baru dan jahitannya
jelas terlihat warna benang yang digunakan oleh doktor dan luka tersebut masih
berair. Bagi merawat luka aku cepat sembuh mak aku memberikan ubat pati ikan
haruan untuk merawat dan dapat mempercepatkan proses penyembuh yang cepat.
Hampir 2 bulan aku bercuti dan tidak dapat hadir ke sekolah. Walaupun
pengalaman ku ini sudah lama berlalu tetapi ianya tetap dalam ingatan ku
sehingga ke akhir hayatku, seperti juga parut yang meninggalkan kesan pada
perut ku ini, kerana bagiku setiap pengalaman yang berlaku dalam diriku akan
mendewasakan pemikiran seseorang.