Wednesday, 5 October 2016

ENTRY 1: PARUT YANG TERTINGGAL


TAJUK: PARUT YANG TERTINGGAL

Pada pagi yang hening dengan dihembus oleh embun pagi yang nyaman, diriku berdiri sendiri ditepi sebuah jendela mengenangkan pengalaman hidup diriku yang penuh dengan suka dan duka. Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza begitu juga dengan diriku, pada  tanggal 12 Mei 2007 merupakan tarikh yang tidak mungkin dapatku lupakan seumur hidupku. Pada malam yang sunyi dan sepi bertemankan bunyi cengkerik dan kedengaran titisan air hujan yang membasahi bumi, diriku berada disebuah bilik sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guruku. Sedang diriku khusyuk menyiapkan tugasan, tiba-tiba aku berasa seperti ada yang tercucuk-cucuk didalam perut ku ini. Pada pemikiran ku, aku berfikir bahawa aku megalami sakit perut seperti biasa, selepas beberapa kali aku kerap ke tandas aku mendapati perut bertambah sakit tidak seperti biasa. Aku cuba untuk meletakkan minyak angin di perutku kerana aku berfikir mungkin perut ku masuk angin.
Setelah 15 minit kemudian, perut ku bertambah sakit sehinggakan aku yang berada didalam bilik bergolek-golek sehingga ke ruang tamu di rumahku kerana menahan kesakitan pada malam itu. Setelah bergolek-golek, ayahku perasan keadan aku semakin teruk, pada malam yang sepi itu tepat jam 12.30 malam dikala suasana yang sunyi dimana semua orang sedang lena dibuai mimpi yang indah. Tetapi perut mengalami kesakitan yang tidak dapat ku ungkapkan. Ayahku membawa aku ke sebuah klinik swasta yang berdekatan dengan rumahku, apabila sampai diklinik aku menerima rawatan daripada seorang doktor wanita, beliau mengatakan aku terkena batu karang dan kemudian doktor tersebut memberi aku ubat untuk menahan sakit.

Pada keesokan harinya, aku berasa perutku masih lagi sakit kemudian ayahku membawa aku ke sebuah lagi klinik swasta yang lain untuk mendapatkan rawatan, apabila aku sampai ke klinik tersebut aku berjumpa dengan doktor berbangsa Cina, kemudian doktor tersebut mengesahkan aku sakit appendiks dan perlu dibedah secepat mungkin sekiranya lambat appendiks tersebut akan meletup dan ianya akan menyebabkan kematian. Tanpa berfikir panjang ayah aku membawa aku ke hospital, aku dimasukkan diwad 6c di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Setelah 3 jam aku berada di hospital kemudian aku diberitahu oleh doktor aku akan dijalankan pembedahan, ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan aku bertapa takutnya diriku setelah sampai diriku didalam bilik pembedahan aku berasa seperti separuh sedar. Setelah sedar aku daripada pengsan akibat pembedahan tersebut aku tidak dapat bergerak kerana luka itu masih baru dan jahitannya jelas terlihat warna benang yang digunakan oleh doktor dan luka tersebut masih berair. Bagi merawat luka aku cepat sembuh mak aku memberikan ubat pati ikan haruan untuk merawat dan dapat mempercepatkan proses penyembuh yang cepat. Hampir 2 bulan aku bercuti dan tidak dapat hadir ke sekolah. Walaupun pengalaman ku ini sudah lama berlalu tetapi ianya tetap dalam ingatan ku sehingga ke akhir hayatku, seperti juga parut yang meninggalkan kesan pada perut ku ini, kerana bagiku setiap pengalaman yang berlaku dalam diriku akan mendewasakan pemikiran seseorang.

No comments:

Post a Comment