TAJUK
BERITA: PEMBUANGAN SISA PEPEJAL
S
|
EREMBAN
2: Sikap pelajar dan orang ramai yang mengambil mudah tentang pembuangan sampah
di luar tong sampah yang telah disediakan di sebuah kolej swasta di Seremban 2.
Dekat disini, menyebabkan berlaku pencemaran di jalan raya. malahan timbunan sampah
juga akan memberi gangguan terhadap perjalanan dan pemprosesan untuk pembersihan. Tinjauan
mendapati, tong sampah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS)
di kawasan itu tidak dipenuhi dengan sampah kerana sikap kebanyakan para
pelajar lebih gemar meletakkan sampah itu diluar kawasan termasuk di tepi
jalan. Selain itu, sisa-sisa makanan
termasuk bahan-bahan bungkusan makanan dan minuman. Jenis sampah seperti ini,
jika dibiarkan akan menyebabkan keadan sesekeliling berbau busuk dan juga
seterusnya menarik binatang yang berbahaya seperti tikus, lalat dan nyamuk yang
boleh membawa penyakit. Barang-barang yang dibuang itu juga selalunya terdiri
daripada bekas-bekas yang boleh membuat air bertakung dan menjadi tempat
pembiakan nyamuk.
Selain itu, disebabkan oleh
pembuangan sampah tersebut, terdapat banyak pelajar-pelajar di Kolej ini
dijangkiti oleh penyakit yang dibawa oleh nyamuk berbahaya iaitu demam denggi.
Purata bagi setiap bulan didapati, pelajar dari kolej ini sentiasa tersenarai di
dalam rekod demam denggi di hospital berdekatan.“Mereka perlulah mengetahui
tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan MPS juga sudah
mengambil langkah yang terbaik menyediakan tong sampah yang besar agar
sampah-sampah tersebut dapat dimuatkan bagi semua penghuni di kolej tersebut
bagi memudahkan sampah dibuang ke dalamnya,” katanya.
No comments:
Post a Comment