Thursday, 1 December 2016

ENTRY 4: Wacana Pemujukan

TAJUK JUALAN: Shawl Bubble Corak



ü  TREND TERKINI DAN HARGA BERPATUTAN
kini semakin laris dipasaran dan mendapat sambutan dengan begitu baik sekali. Shawl kini semakin menjadi tarikan dan pelbagai gaya dan corak mengikut ‘trend’ terkini.

ü  FABRIK YANG LEMBUT SERTA KUALITI KAIN YANG LEMBUT
Shawl ini menerapkan fabrik semulajadi ini kerana tidak mudah bertukar warnanya di bawah pancaran cahaya matahari dan tidak mudah luntur. Selain itu, fabrik yang digunakan dalam “shawl” ini adalah fabrik chiffon, chiffon pada asalnya merujuk kepada fabrik kainnya yang lembut dan selesa dipakai serta mudah untuk terbentuk walaupun terkena angin atau air bentuknya kekal sama dan tetap kelihatan cantik, justeru semua gadis dan wanita perlu memilikinya untuk kelihatan cantik.

ü  MUDAH DIGUNAKAN ATAU DIGAYAKAN
Selain itu, fabrik kain ini tidak perlu digosok dan anti kedut, bagi pelajar atau seorang perempuan yang berkerjaya pastinya ingin kelihatan sentiasa cantik dan kemas. Shawl ini boleh  digayakan walaupun dalam keadaan kita sudah lambat untuk ke kelas ataupun ke tempat kerja, serta sesuai digayakan dalam apa jua majlis malah sesuai untuk dibawa ‘travel’ dan kelihatan cukup bergaya walaupun berjalan jauh.

ü  SELESA DAN MENUTUP AURAT

Selain itu, materialnya yang tidak jarang membolehkan golongan wanita untuk menutup aurat dengan lebih sempurna kerana terdapat shawl yang dijual diluar sana yang jarang, jadi tidak dapat menutup aurat sempurna. Serta kainnya yang labuh atau panjang dan boleh digunakan pelbagai jenis pemakai sama ada mereka yang memakai tudung labuh dan tudung yang biasa. Di samping itu, material kain yang digunakan tidak panas malah sejuk dan menyebabkan ‘shawl’ ini boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja.

No comments:

Post a Comment